FORUM LASKAR ISLAM
welcome
Saat ini anda mengakses forum Laskar Islam sebagai tamu dimana anda tidak mempunyai akses penuh turut berdiskusi yang hanya diperuntukkan bagi member LI. Silahkan REGISTER dan langsung LOG IN untuk dapat mengakses forum ini sepenuhnya sebagai member.


@laskarislamcom

Terima Kasih
Salam Admin LI

jangkauan pemikiran tradisi islam

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down

jangkauan pemikiran tradisi islam

Post by paman tat on Wed Jan 14, 2015 10:43 pm

Ilmu dan pengetahuan amat penting untuk manusia menguruskan jiwa, diri, keluarga, masyarakat, negara atau perhubungan antarabangsa. Perkara ini memang tidak pernah dinafikan oleh sesiapa atau mana-mana zaman pun. Cuma pendekatan untuk pencarian ilmu dan pengetahuan, penerimaan dan penggunaan ilmu dan pengetahuan mungkin berbeza berdasarkan sesuatu bangsa, bahasa, kecenderungan dan seumpamanya.
Dalam Ahli Sunah, telah diijmak bahawa sumber yang terakui sebagai sumber ilmu dan pengetahuan ialah pancaindera, akal yang sihat dan khabar daripada orang yang jujur dan amanah sekalipun seorang. Melalui penerimaan khabar yang bersifat mutawatir ialah al-Quran dan al-hadis tertentu manakala perkhabaran pertengahan dan ahad (tunggal) seperti hadis, nama-nama tempat dan lain-lain. Dalam periwayatan khabar, orang berakal (kerana dengannya wahyu dapat difahami) amat berperanan kerana orang gila dan tidak siuman sudah tentu ditolak riwayatnya. Pancaindera turut mendapat perhatian ajaran Islam kerana dengannyalah wahyu dapat didengari dan dilihat.
Masyarakat Islam dipandukan oleh wahyu sebelum sesuatu yang dikatakan ilmu atau maklumat itu sama ada boleh diterima atau diabaikan sahaja. Proses islamisasi sekalipun terungkap pada zaman moden ini namun ia telah secara teratur dibentuk oleh golongan awal muslimin dan muslimat. Manakala agama-agama turut mempunyai cara-cara tersendiri dalam hal ini. Namun keupayaan kebenaran sesebuah agama itulah yang akan membantu sesuatu ilmu dan pengetahuan itu diterima.Setelah masyarakat Islam mencapai kejayaan demi kejayaan melalui pembentukan pertama sebuah negara yang berpusat di Madinah, umat Islam melalui sumber wahyu telah mengorak langkah menyelidik dan membangunkan diri, ilmu dan negara.
Dalam siri pembangunan ilmu dalam sejarah Islam, pendekatan perdebatan dan muzakarah telah memberi kesan yang amat baik berbanding kesan yang tidak baik. Permintaan tokoh terhadap tokoh yang terkenal supaya menulis suatu ilmu dan pengetahuan menjadi kecenderungan yang baik. Ini terbukti apabila murid Imam Syafie meminta gurunya mengarang untuknya akan kitab usul fiqh yang kini dikenali sebagai al-Risalah. Begitu juga buku Tahafut al-Falasifah yang telah disusun oleh Khwajah Zadah dan Tahafut al-Falasifah oleh `Ala'uddin al-Tusi bagi mengambil jalan tengah antara Hujjatul Islam al-Ghazali dengan Ibnu Rusyd adalah hasil arahan Sultan Muhammad al-Fatih.Ini menunjukkan pengorbanan dan keprihatinan pihak pemerintah amat penting dalam menyokong perkembangan ilmu pengetahuan.Persoalan tentang wujud telah dibahaskan dari sudut
pandangan wahyu sekalipun berdepan dengan warisan Yunani. Ini dikenali sebagai bahasan ontologi. Wujud yang mesti iaitu Allah dibicarakan dengan sifat Kamalat-Nya sebagai pentadbir alam sarwajagat ini.
Islam telah dikupas oleh ulama kalam dengan amat baik dan padat hingga membentuk bahasan yang kini masih bertenaga sekalipun pada beberapa abad yang lalu dipandang kurang sesuai dengan masa. Perbahasan tentang sebab dan akibat yang sering dibincangkan dalam kitab-kitab pondok kini terlihat masih relevan dengan semasa sekalipun golongan salafi menentang kuat aliran ini di era kini. Dalam pada itu, terdapat juga tokoh yang menjadikan sains sebagai kayu pengukur kebenaran terhadapan ulasan keagamaan. Ini terbukti, contohnya, kata-kata al-marhum Drs. Hj. Abdul Ghani Azmi Idris dalam Pengasuh (568 - Jan-Mac, 2001) , ``. . . ditolak kerana ia bertentangan dengan akal yang waras dan kajian sains.''
Kajian sains telah dibuktikan sering berubah-ubah dan kerana itulah sains tidak boleh dijadikan pengukur untuk menolak wahyu. Hal ini turut disedari oleh Abdullah Muhammad (Nakula) dalam bukunya Bentuk Alam Mengkagumkan.Dalam satu perkembangan terkini semacam ada satu perkaitan antara bahasan sebab dan akibat dalam fizik kuantum dengan sebab dan akibat dalam ilmu kalam klasik aliran Sunni.Namun dalam buku-buku tersebut tidak dibicarakan secara langsung tentang adanya perbahasan tersebut dalam ajaran Islam cuma yang ada amat terbatas sekali. Perkembangan sains moden melalui kuantum semakin tidak dapat menghindari daripada peranan ketuhanan dalam sains.
Tetapi umat Islam di Malaysia dapat juga mengetahui sedikit sebanyak tentang falsafah kuantum dengan sebab dan akibat ilmu kalam Sunni dalam tulisan al - Ghazali Dan Teori Kuantu oleh Prof. Dr. Shahidan Radiman melalui Siri Wacana Sejarah dan Falsafah Sains, Jilid 7, terbitan DBP, yang diterbitkan sebanyak lapan jilid sederhana. Siri ini wajar dibaca oleh peminat ilmu-ilmu Islam. Bukti ini sekalipun ada yang mempertikai persamaan dua aliran yang berbeza namun wajar sekali diselidiki kerana sedia maklum zaman ini memang adanya perbauran pelbagai tamadun dalam pembangunan ilmu pengetahuan. Dan sudah terbukti bahawa pihak Barat yang dirintis oleh orientalis sendiri telah melakukan kajian terhadap Islam sejak abad ke-16 Masihi.
avatar
paman tat
SERSAN MAYOR
SERSAN MAYOR

Male
Posts : 369
Kepercayaan : Islam
Location : hongkong
Join date : 05.07.13
Reputation : 15

Kembali Ke Atas Go down

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas

- Similar topics

Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik