FORUM LASKAR ISLAM
welcome
Saat ini anda mengakses forum Laskar Islam sebagai tamu dimana anda tidak mempunyai akses penuh turut berdiskusi yang hanya diperuntukkan bagi member LI. Silahkan REGISTER dan langsung LOG IN untuk dapat mengakses forum ini sepenuhnya sebagai member.

kepribadian fatimah az zahra Follow_me
@laskarislamcom

Terima Kasih
Salam Admin LI


Join the forum, it's quick and easy

FORUM LASKAR ISLAM
welcome
Saat ini anda mengakses forum Laskar Islam sebagai tamu dimana anda tidak mempunyai akses penuh turut berdiskusi yang hanya diperuntukkan bagi member LI. Silahkan REGISTER dan langsung LOG IN untuk dapat mengakses forum ini sepenuhnya sebagai member.

kepribadian fatimah az zahra Follow_me
@laskarislamcom

Terima Kasih
Salam Admin LI
FORUM LASKAR ISLAM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

kepribadian fatimah az zahra

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down

kepribadian fatimah az zahra Empty kepribadian fatimah az zahra

Post by paman tat Sun Feb 15, 2015 8:21 pm

Hari ini adalah hari kelahiran wanita termulia dan agung iaitu Fatimah Az Zahra. Dialah wanita yang terpelihara daripada segala noda dan dosa. Dia membawa pesan-pesan luhur, nilai-nilai cinta, kasih belas dan dermawan. Getar hatinya hanya demi kebahagian dan kesejahteraan umat manusia.

Lahirnya Fatimah Az-Zahra adalah berkat dan rahmat Ilahi kerana wujudnya yang agung dan mulia telah mengakhiri mitos tentang rendahnya martabat kaum wanita dan seterusnya mengangkat darjat kaum hawa.

Fatimah adalah puteri tercinta baginda Muhammad SAW. Jika Rasulullah SAW adalah ciptaan yang paling sempurna dan Ali adalah lelaki yang mulia maka Fatimah adalah wanita yang paling mulia. Dialah yang mendapat gelaran Sayyidati Nisa'il Alamin, penghulu wanita semesta alam. Senyum Fatimah adalah senyum yang menghilangkan duka lara Rasul. Pengabdian Fatimah adalah pengabdian untuk Rasul. Fatimah adalah 'Ummu Abiha', ibu dari ayahnya, demikian kata-kata suci Rasul menyebut Fatimah dengan penuh rasa bangga. Aisyah yang seringkali cemburu melihat keabraban Rasulullah pernah meriwayatkan bahawa baginda bersabda; "Setiap kali aku rindukan aroma syurgawi, akan kucium Fatimah kerana dia adalah dari benih al-Jannah."

Sesungguhnya Fatimah adalah pewaris seluruh keutamaan ayahnya. Bersama ahli keluarganya, dia diabadikan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran;

"Sesungguhnya Allah menghilangkan dosa dari kalian, wahai Ahlul bait, dan mensucikan kalian sesuci-sucinya." (al-Ahzab:33)

Fatimah juga digelar 'al-Kauthar'- telaga yang mengalirkan rahmat dan nikmat Ilahiyah kepada Rasulullah sehingga Allah menyeru baginda agar mensyukurinya, dengan firmanNya;

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak, maka dirikanlah solat demi Tuhanmu, dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang mencela kamu, dialah yang terputus (keturunannya)." (al-Kauthar)

Adalah kebanggaan tersendiri bagi wanita muslim agar mampu menelusuri jejak langkah Fatimah yang sempurna dalam ketaqwaan, akhlak dan ilmu. Setelah berjaya membentuk revolusi Islam Iran pada tahun 1979, Imam Khomeini mengumumkan bahawa hari kelahiran Fatimah az-Zahra sebagai Hari Wanita. Di mata beliau, Fatimah adalah mukjizat sepanjang sejarah manusia dan merupakan kebanggaan bagi alam semesta. Para wanita di seluruh dunia seharusnya bangga mempunyai Fatimah sebagai suri teladan mereka. Puteri Rasulullah adalah perempuan mulia yang hidup secara sederhana. Beliau tinggal di sebuah rumah kecil, tempat dia mendidik tunas-tunas insan kamil yang menampung pancaran cahaya Fatimah, cahaya yang menerangi segala wujud, dari butir-butir pasir sahara hingga bintang-bintang di langit dan malaikat di jagat raya. Rumah Fatimah adalah ruang singgahnya pancaran cahaya Ilahi serta tempat tumbuh dan besarnya manusia-manusia pilihan. Walaupun kecil dan kosong dari perhiasan, namun penuh dan kaya dengan kemanusiaan. Di situlah rumah di mana berkumpulnya Muhammad sebagai datuk, Ali sebagai ayah, Hasan, Hussein, Zainab dan Ummu Kalthum sebagai anak-anak dan kasih sayang Fatimah sendiri sebagai pembentuknya.

Untuk memahami kebesaran peribadi Fatimah, terlebih dahulu kita harus mengenali ciri-ciri wanita sejati dalam Islam. Islam menyebut lelaki dan wanita sebagai makhluk yang saling melengkapi. Perbezaan jantina tidak ada hubungannya dengan martabat manusia, kerana kemuliaan manusia hanya terletak pada amal perbuatannya. Taqwa yang mengangkat darjat seseorang. Maka, seperti lelaki, wanita juga mempunyai tanggungjawab bagi menggapai ketinggian iman untuk mampu berada di sisi Tuhannya. Justeru wanita yang mampu menunaikan tanggungjawab ini dianggap sebagai wanita yang lebih mulia daripada lelaki.

Kepada Salman Al-Farisi, Rasulullah SAW pernah bercerita tentang kearifan yang dicapai oleh Fatimah. Baginda bersabda, "Wahai Salman, ketahuilah bahawa Allah SWT telah memenuhi kalbu dan seluruh jiwa raga puteriku dengan keimanan." Al-Hassan menuturkan; "Ibuku adalah dia yang memenuhi malamnya dengan doa dan munajat hanya kerana umat Muhammad."

Sebagai pendamping hidup Imam Ali r.a, Fatimah juga tampil sebagai isteri yang ideal dan suri rumah yang penuh tanggungjawab. Bahkan beliau turut menggerakkan beberapa protes sosial terhadap status-quo yang merampas kekhalifahan Ali r.a dan pencerobohan ke atas tanahnya. Demikian besar peribadi Fatimah sehingga insan sehebat Imam Ali r.a merasa tenang dan damai di sisinya. "Demi Tuhan, hingga akhir hayatnya, tidak pernah aku merasa kecil hati dengan perilakunya atau memaksanya. Begitu juga tidak pernah dia merasa marah terhadapku atau tidak mentaatiku. Saat aku melihat Fatimah," kata Imam Ali, "hilanglah duka dari seluruh jiwaku."

Pemimpin Spiritual Republik Islam Iran, Ayatullah Sayyid Ali Khamenei menyebut, "Pelbagai masalah yang timbul hari ini harus diselesaikan dengan bijaksana dan Islamik. Wahyu tidak hanya menyajikan nasihat, tetapi menampilkan juga teladan; salah satunya adalah Fatimah Az-Zahra. Fatimah adalah citra besar dan istimewa merangkumi politik, sosial dan jihad. Seluruh wanita dunia harus berkiblat kepadanya. Kehidupan Fatimah adalah samudera yang diwarnai dengan perjuangan, kerja keras dan - terpenting - ialah syahadah."

"Anda yang bekerja di luar rumah, baik sebagai doktor, pensyarah pengajian tinggi dan sebagainya yang sesuai pada tempatnya, namun tetap harus memberikan keutamaan di rumah. Masalah keibuan dan status isteri dalam rumahtangga, merupakan hal yang amat fundamental dan penting. Anda bukanlah wanita sempurna jika tidak dapat menangani amanah dalam rumah. Kasih sayang memerlukan satu pengerak utama dan itulah wanita yang menjadi ibu kepada rumahtangga. Tanpa kehadiran wanita ideal - seperti Fatimah - rumahtangga akan kering tanpa makna.
paman tat
paman tat
SERSAN MAYOR
SERSAN MAYOR

Male
Posts : 369
Kepercayaan : Islam
Location : hongkong
Join date : 05.07.13
Reputation : 15

Kembali Ke Atas Go down

kepribadian fatimah az zahra Empty Re: kepribadian fatimah az zahra

Post by njlajahweb Sat Oct 14, 2017 10:42 pm

quote
Hari ini adalah hari kelahiran wanita termulia dan agung iaitu Fatimah Az Zahra. Dialah wanita yang terpelihara daripada segala noda dan dosa. Dia membawa pesan-pesan luhur, nilai-nilai cinta, kasih belas dan dermawan. Getar hatinya hanya demi kebahagian dan kesejahteraan umat manusia.

tanggapan
tidak ada manusia makhluk yang tidak berdosa, jadi saya tidak percaya Fatimah Az Zahra tidak pernah berdosa, demikian pula terhadap Nabi Muhammad.
njlajahweb
njlajahweb
BANNED
BANNED

Female
Posts : 39612
Kepercayaan : Protestan
Location : banyuwangi
Join date : 30.04.13
Reputation : 119

Kembali Ke Atas Go down

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas

- Similar topics

Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik