FORUM LASKAR ISLAM
welcome
Saat ini anda mengakses forum Laskar Islam sebagai tamu dimana anda tidak mempunyai akses penuh turut berdiskusi yang hanya diperuntukkan bagi member LI. Silahkan REGISTER dan langsung LOG IN untuk dapat mengakses forum ini sepenuhnya sebagai member.

Permasalahan ayat Genesis 5:4 dalam bible kristian Follow_me
@laskarislamcom

Terima Kasih
Salam Admin LI


Join the forum, it's quick and easy

FORUM LASKAR ISLAM
welcome
Saat ini anda mengakses forum Laskar Islam sebagai tamu dimana anda tidak mempunyai akses penuh turut berdiskusi yang hanya diperuntukkan bagi member LI. Silahkan REGISTER dan langsung LOG IN untuk dapat mengakses forum ini sepenuhnya sebagai member.

Permasalahan ayat Genesis 5:4 dalam bible kristian Follow_me
@laskarislamcom

Terima Kasih
Salam Admin LI
FORUM LASKAR ISLAM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Permasalahan ayat Genesis 5:4 dalam bible kristian

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down

Permasalahan ayat Genesis 5:4 dalam bible kristian Empty Permasalahan ayat Genesis 5:4 dalam bible kristian

Post by erusi Fri Nov 02, 2012 8:08 am

Semoga masih ada individu kristian yang sanggup menerima cabaran untuk menyelesaikan permasalahan ayat-ayat di dalam bible itu. Ini kerana akan semakin banyak ayat-ayat yang bermasalah di dalam bible kristian yang akan saya paparkan untuk kita semua menilai status sebenar kitab yang diimani oleh kelompok kristian ini.

Permasalahan ayat yang seterusnya adalah ayat Genesis 5:4. Sebelum itu seharusnya kita meneliti terlebih dahulu ayat Genesis 5:3 dan juga Genesis 5:5 untuk memudahkan kita melihat permasalahan Genesis 5:4 itu. Di dalam thread bertajuk "Permasalahan ayat Genesis 5:3 dalam bible kristian" saya telah memaparkan percanggahan makna atau maklumat did alam ayat Genesis 5:3 jika kita bandingkan ayat tersebut di dalam manuskript Hebrew dan manuskript Greek. Sila baca posting #1 di thread tersebut bagi sesiapa yang masih belum mengetahui percanggahan tersebut dengan detailnya. Secara ringkasnya saya paparkan semula bahawa di dalam manuskript Hebrew pada ayat Genesis 5:3, dicatatkan Adam berumur 130 tahun ketika melahirkan Seth, manakala di dalam manuskript Greek pada ayat Genesis 5:3 itu, dicatatkan Adam berumur 230 tahun ketika melahirkan Seth.

Justeru percanggahan dalam Genesis 5:3 adalah:
Manuskript Hebrew ===== Adam berumur 130 tahun.
Manuskript Greek ====== Adam berumur 230 tahun.

Namun diingatkan bahawa yang ingin dipersoalkan di sini adalah percanggahan dalam Genesis 5:4, dan bukannya percanggahan Genesis 5:3.

Pada ayat Genesis 5:5 pula adalah mencatatkan umur Adam ketika beliau meninggal dunia. Kedua-dua manuskipt Hebrew dan juga manuskript Greek mencatatkan bahawa Adam meninggal dunia ketika berumur 930 tahun. Sila lihat sendiri di link berikut untuk ayat Genesis 5:5:

http://www.ellopos.net/elpenor/physis/septuagint-genesis/5.asp (Greek Septuaginta)
http://apostolic.interlinearbible.org/genesis/5.htm (Greek Apostolic Bible Polyglot)
http://biblos.com/genesis/5-5.htm (Hebrew)

Justeru tiada permasalahan untuk ayat Genesis 5:5. Dan sekarang kita lihat pula ayat Genesis 5:4 yang mana ayat ini mencatatkan jumlah umur Adam hidup dan melahirkan anak-anaknya yang lain selepas memperanakkan Seth.

Ayat Genesis 5:4 dalam kitab Hebrew
Kita lihat di dalam manuskript Hebrew terlebih dahulu di bawah dan linknya adalah http://biblos.com/genesis/5-4.htm

וַיִּֽהְי֣וּ Then
יְמֵי־ the days
אָדָ֗ם of Adam
אַֽחֲרֵי֙ after
הוֹלִיד֣וֹ became
אֶת־ -
שֵׁ֔ת of Seth
שְׁמֹנֶ֥ה were eight
מֵאֹ֖ת hundred
שָׁנָ֑ה years
וַיּ֥וֹלֶד the father
בָּנִ֖ים sons
וּבָנֽוֹת׃ and daughters


Justeru kitab Hebrew mencatatkan bahawa selepas melahirkan Seth, Adam hidup 800 tahun lagi dan melahirkan beberapa anak lagi.


Ayat Genesis 5:4 dalam kitab Greek
Sekarang kita lihat pula ayat Genesis 5:4 dalam manuskript Greek Septuaginta. Linknya http://www.ellopos.net/elpenor/physis/septuagint-genesis/5.asp

ἐγένοντο δὲ αἱ ἡμέραι Αδαμ μετὰ τὸ γεννῆσαι αὐτὸν τὸν Σηθ ἑπτακόσια ἔτη, καὶ ἐγέννησεν υἱοὺς καὶ θυγατέρας.

Terjemahannya dalam link yang sama adalah

And the days of Adam, which he lived after his begetting Seth, were seven hundred years; and he begot sons and daughters.

Justeru manuskript Greek Septuaginta mencatatkan tempoh Adam hidup selepas melahirkan Seth pada ayat Genesis 5:4 adalah 700 tahun dan bukannya 800 tahun seperti yang tercatat dalam manuskript Hebrew.

Kita lihat pula ayat Genesis 5:4 dalam kitab Greek Apostolic Bible Polygot di bawah. Linknya http://apostolic.interlinearbible.org/genesis/5.htm


εγένοντο δε αι ημέραι Αδάμ ας έζησε μετά το γεννήσαι αυτόν τον Σηθ
And came to past the days of Adam which he lived after his procreating Seth

έτη επτακόσια και εγέννησεν υιούς και θυγατέρας
years seven hundred and he procreated sons and daughters


Justeru kitab Greek ini juga menyamai kitab Greek Septuaginta iaitu menyatakan tempoh Adam hidup ketika melahirkan anak-anak yang lain selepas Seth adalah 700 tahun dan bukannya 800 tahun seperti yang tercatat dalam manuskript Hebrew.

Justeru kita menemui satu lagi ayat di dalam bible yang mencatatkan hal yang berlainan apabila kita melihatnya dalam manuskript bible yang berlainan. Justeru persoalannya seperti biasa manuskript mana satu yang mencatatkan ayat Genesis 5:4 yang menyamai autographnya?? Dipersilakan pihak kristian memberikan penjelasan berdasarkan bukti yang bersifat pasti.

Penelitian:
Mari kita buat sedikit analisis asas matematik pada ayat Genesis 5:3 hingga 5 di dalam manuskript Hebrew dan Greek itu. Dan semoga ada yang dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan di sini dan dapat memahami bagaimana saya melihat keadaan ini.

Manuskript Hebrew:
130 tahun (Genesis 5:3) + 800 tahun (Genesis 5:4) = 930 tahun (Genesis 5:5)
130 + 800 = 930

Manuskript Greek:
230 tahun (Genesis 5:3) + 700 tahun (Genesis 5:4) = 930 tahun (Genesis 5:5)
230 + 700 = 930

Justeru kita dapati apabila menyentuh tentang catatan umur Adam pada ketiga-tiga ayat Genesis itu iaitu Genesis 5:3 hingga 5 dalam kedua-dua manuskript itu, maka kelihatannya kredibiliti ayat Genesis 5:3, Genesis 5:4 dan Genesis 5:5 adalah saling bergantung antara satu sama lain. Jika satu daripada 3 ayat tersebut salah, maka ianya akan memperlihatkan hasil pengiraan matematik yang tidak tepat daripada ketiga-tiga ayat tersebut. Contohnya jika dalam Genesis 5:3 tidak mencatatkan 130 tahun bagi kitab Hebrew dan tidak mencatatkan 230 tahun dalam kitab Greek, maka umur Adam ketika beliau meninggal dunia akan tidak menjadi 930 tahun seperti yang tercatat dalam Genesis 5:5. Untuk memudahkan ini lebih difahami sila lihat contoh pada kitab Hebrew di bawah,

Contoh pada kitab Hebrew dan Greek:
(Hebrew) Jika bukan 130 + 800 = jumlahnya bukan 930
(Greek) Jika bukan 230 + 700 = jumlahnya bukan 930

Perkara yang sama, iaitu jika dalam Genesis 5:4 tidak mencatatkan 800 tahun dalam kitab Hebrew dan dalam kitab Greek pula tidak mencatatkan 700 tahun, maka umur Adam ketika beliau meninggal duni tidak akan menjadi 930 tahun seperti yang tercatat pada Genesis 5:5. Sekali lagi, untuk lebih difahami, sila lihat contoh pada kitab Hebrew dan Greek di bawah.
(Hebrew) 130 + jika bukan 800 = jumlahnya bukan 930
(Greek) 230 + jika bukan 700 = jumlahnya bukan 930

Justeru apabila melihat pada keadaan ini, bagi saya perbezaan catatan umur Adam antara manuscript Hebrew dan Greek pada ayat Genesis 5:3 dan Genesis 5:4 adalah bukannya perbezaan yang tidak disengajakan. Ini kerana hal ini menyatakan bahawa catatan umur pada ayat Genesis 5:3 dan Genesis 5:4 itu adalah disedari jumlahnya dan diselaraskan jumlah keduanya agar hasil tambah kedua-dua umur dalam kedua ayat tersebut adalah menepati jumlah umur yang dinyatakan dalam ayat Genesis 5:5.

Justeru pada pendapat saya, dakwaan pihak kristian bahawa kesalahan catatan dalam mana-mana manuskript bible itu adalah sesuatu yang tidak disengajakan adalah suatu dakwaan yng amat meragukan. Ini kerana tiada bukti untuk mengatakan sedemikian, malah jika diselidiki dengan lebih teliti, ,maka kelihatannya ada asas untuk mengatakan bahawa kesalahan yang dilakukan itu adalah disengajakan.


avatar
erusi
SERSAN MAYOR
SERSAN MAYOR

Male
Posts : 281
Kepercayaan : Islam
Location : Ipoh Malaysia
Join date : 11.09.12
Reputation : 14

Kembali Ke Atas Go down

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas

- Similar topics

Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik