FORUM LASKAR ISLAM
welcome
Saat ini anda mengakses forum Laskar Islam sebagai tamu dimana anda tidak mempunyai akses penuh turut berdiskusi yang hanya diperuntukkan bagi member LI. Silahkan REGISTER dan langsung LOG IN untuk dapat mengakses forum ini sepenuhnya sebagai member.

imam al asy'ary Follow_me
@laskarislamcom

Terima Kasih
Salam Admin LI


Join the forum, it's quick and easy

FORUM LASKAR ISLAM
welcome
Saat ini anda mengakses forum Laskar Islam sebagai tamu dimana anda tidak mempunyai akses penuh turut berdiskusi yang hanya diperuntukkan bagi member LI. Silahkan REGISTER dan langsung LOG IN untuk dapat mengakses forum ini sepenuhnya sebagai member.

imam al asy'ary Follow_me
@laskarislamcom

Terima Kasih
Salam Admin LI
FORUM LASKAR ISLAM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

imam al asy'ary

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down

imam al asy'ary Empty imam al asy'ary

Post by keroncong Fri Nov 18, 2011 2:13 pm

Nama Lengkap Imam al-Asy'ari ialah Ali bin Ismail bin Ishak bin Salim bin Ismail bin Abdullah bin Musa bin Abi Burdah bin Abi Musa al-Asy'ari yang lebih dikenali dengan gelar Imam al-Asy'ari rahimahullah. Beliau bersilsilah dengan Abu Musa al-Asy'ari seorang sahabat radiallahu 'anhu. Dilahirkan pada 260H di Kota Basrah dan meninggal dunia pada 324H.

Diperingkat awal hidupnya sehingga berumur 40 tahun beliau memiliki pemahaman Muktazilah karena menerima pengajian dan ilmu dari seorang ulama Muktazilah yang juga bapak tirinya yaitu Muhammad bin Abdul Wahab Abi Ali al-Jubaa'i (الجبائى).

Sejarah hidup Imam al-Asy'ari melalui tiga marhalah (peringkat):

Marhalah Pertama: Beliau menganut aliran Muktazilah, ini lantaran beliau hidup selama 40 tahun bersama Abu Ali Al-Jubaa'i yang merupakan ulama Muktazilah yang juga bapak tiri beliau.

Bersebab dari perbincangannya dengan al-Jubaa'i yang meragukan beliau dan mimpi yang dialaminya telah membuka hatinya kepada hidayah. Akhirnya beliau meninggalkan pemahaman Muktazilah dan bermufaraqah dengan al-Jubaa'i.

Marhalah Kedua: Yaitu peringkat peralihan dari Muktazilah kepada sunni walaupun belum sepenuhnya karena masih mengikut pemahaman Ibnu Kullab. Pemahaman Kullabiyah tidak dianggap sunni karena mengitsbatkan (menetapkan) tujuh sifat berdasarkan akal (الصفات العقلية السبعة) yaitu: Al-Hayat (Maha Hidup), Al-Ilm (Maha Mengetahui), Al-Qudrah (Maha Kuasa), Al-Iradah (Maha Menghendaki), As-Sama' (Maha Mendengar), Al-Basar (Maha Melihat) dan Al-Kalam ( Maha Bercakap).

Menurut pemahaman aliran Kullabiyah semua sifat-sifat Allah ditakwil (ditafsir/ditakwil) melalui akal. Contohnya muka ditakwil kepada diri, tangan kepada kekuasaan, tapak kaki, betis dan sebagainya kepada makna yang sesuai dengan akal fikiran.

Kesesatan pemahaman ini ditegaskan oleh beliau di dalam kitabnya (اللمع فى الرد على اهل الزيغ والبدع) yaitu setelah beliau keluar dan bertaubat dari pemahaman Muktazilah dan Kullabiyah (kemudiannya dikembangkan dan dipelupori oleh aliran Al-Maturidiyah).

Marhalah Ketiga: Menjadi seorang sunni salafi sepenuhnya. Yang mana beliau mengitsbatkan (menetapkan) segala sifat-sifat Allah Subhanahu wa-Ta’ala tanpa takyif (membagaimana), tasybih (menyerupakan), ta'til (membatalkan), tahrif (menyimpangkan atau merubah) dan tajsim (menjasmanikan) sesuai dengan pemahaman Imam Ahmad bin Hambal sebagaimana dijelaskan dalam mukadimah kitabnya "al-Ibanah" dan "Makalat Islamiyin". Pembahagian kepada tiga marhalah seperti di atas ini dapat disemak di dalam kitab (طبقات الفقهاء الشافعيين) oleh Imam Ibn Kathir .


PERSELISIHAN BERKENAAN KITAB "AL-IBANAH"

Memang ada kalangan mereka yang berselisih pendapat tentang kitab "al-Ibanah". Sebagian mereka mengingkari bahwa ia ditulis oleh Imam al-Asy'ari dan sebagiannya pula menthabitkan sebagai kitab aqidah terakhir yang benar-benar tulisan Imam al-Asy'ari yang dihasilkan sebelum kitab (al-Luma' / اللمع) . Adapun orang yang berpendapat (menyangka) bahwa kitab "al-Ibanah" dimansuhkah oleh kitab al-Luma' adalah pendapat yang salah.

Pembuktian bahwa kitab "al-Ibanah" adalah tulisah Imam al-Asy'ary ialah pegesahan dari dua orang Imam:

Pertama: Melalui pengakuan Imam Abu Abdullah bin Khafif rahimahullah (371H). Telah dijelaskan oleh al-Hafiz bin 'Asakir ad-Damsiyki pada peringkat pertama dari peringkat-peringkat pemahaman al-Asy'ariyah, yang mana dijelaskan oleh Imam ini di dalam kitabnya: (اعتقاد التوحيد باثبات الاسماء والصفات), bahwa aqidah yang disepakati oleh Imam al-Asy'ari dalam kitabnya "al-Ibanah" bertentangan dengan apa yang menjadi aqidah Asy'ariyah aliran Kullabiyah/Al-Maturidiyah dan aqidah tauhid sifat 20. Ini dapat dibuktikan melalui tulisan-tulisan Imam al-Asy'ari dan melalui beberapa tulisan yang berupa penjelasan, antaranya:

1. Semua hujah-hujah melalui pengkhabaran (wahyu) tentang nama-nama dan sifat (Allah) di dalam kitab-kitab tulisan Imam al-Asy'ari disalin dengan penyalinan yang adil (al-Quran dan al-Hadis), tepat dan secara marfu'. Ini amat bersesuaian dengan cara yang terdapat di dalam kitabnya "al-Ibanah" yang tidak diterima oleh orang-orang dikebelakangan ini.

2. Imam Abu Hasan al-Asy'ari mengitsbatkan (menetapkan) sifat-sifat Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala di dalam al-Quran. Ini bersamaan sebagaimana yang telah diitsbatkan oleh Imam al-Asy'ari di dalam kitabnya "al-Ibanah" dan menafikan pemahaman al-Asy'ariyah al-Kullabiyah tentang pentakwilan tangan, muka, kaki, Istiwa atas Arsy. nuzul, cinta, marah dan ridho.

Kedua: Dinukil dari Imam Abu Bakar al-Ismaily rahimahullah (371H). Sebagaimana yang dinyatakan juga oleh al-Hafiz bin 'Asakir rahimahullah, bahwa pemahaman Asy'ariyah sebagaimana yang telah dijelaskan oleh beliau di dalam risalahnya (اعتقاد ائمة الحديث) yaitu kesepakatan dengan aqidah al-Asy'ari seperti yang terdapat dalam kitabnya "al-Ibanah" yang kesepakatan ini nyata dalam perkataan berikut:
1. Berhujjah dengan al-Kitab dan as-Sunnah serta meninggalkan bid'ah.

2. Imam ini mengitsbatkan di dalam tulisanya sifat tangan, Istiwa di atas Arsy, muka dan Al-Quran Kalamullah yang diturunkan bukan makhluk. Ini semua tidak diitsbatkan oleh pemahaman al-Asy'ariyah al-Kullabiyah, yang mana hanya diitsbatkan oleh Imam al-Asy'ari setelah bertaubat di dalam kitab-kitabnya dan bersamaan dengan pengitsbatannya di dalam kitab "al-Ibanah".


BERTAUBATNYA IMAM AL-ASY'ARI

Imam al-Asy'ari disahkan oleh beberapa orang ulama muktabar telah, bertaubat, kembali kepada aqidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Sholeh dan meninggalkan pemahaman Muktazilah yang sesat. Antara ulama yang mengesahkan ialah:

(1). Abul Abas Syamsuddin Ahmad bin Muhammad bin Abu Bakr bin Khalkan asy-Syafie (681H). Beliau berkata:

كان الامام الاشعري معتزليا ثم تاب

"Pada mulanya Imam al-Asy'ari seorang Muktazilah kemudian beliau bertaubat".

(2). Imaduddin Abu al-Fada Ismail bin Umar bin Kathir al-Quraisy ad-Damsyiki asy-Syafie rahimahullah (774H). Beliau menyatakan:

ان الاشعري كان معتزليا فتاب منه بالبصرة فوق المنبر ثم اظهر فضائح المعتزلة وقبائحهم.

"Sesungguhnya al-Asy'ari adalah seorang Muktazilah, kemudian beliau bertaubat semasa di Basrah di atas mimbar. Setelah itu beliau menyatakan kesalahan dan keburukan ajaran Muktazilah".

(3). As-Said Muhammad bin Muhammad al-Husaini az-Zubaidi (Murtada al-Hanafi) meninggal pada 1145H, beliau mengatakan:

Imam al-Asy'ari mempelajari ilmu kalam daripada Syeikh Abi Ali al-Jubaa'i seorang ulama Muktazilah. Kemudian beliau memisahkan diri darinya dan setelah itu meninggalkan pegangan Muktazilah kemudian melahirkan penentangannya secara terang-terangan".

Adapun aqidah ajaran golongan yang bermazhab Asy'ariyah yang ada sekarang ialah bermazhab dengan aqidah pegangan Imam al-Asy'ari semasa di marhalah pertama (aqidah Muktazilah) dan bercampur dengan pemahaman di marhalah yang kedua, yaitu pemahaman Ibn Kullab (yang juga terangkum di dalam kedua-dua marhalah ini aqidah tauhid sifat 20 tambahan dari al-Maturidiyah).

Pemahaman Muktazilah di dua marhalah ini tidak boleh dianggap sebagai pegangan aqidah mazhab Ahli Sunnah wal-Jamaah karena masih bertentangan dengan Sunnah. Contohnya, kalimat Istiwa (bersemayam) yang terdapat di dalam Al-Quran ditafsirkan oleh golongan Asy'ariyah sebagai istaula (berkuasa). Imam al-Asy'ari mengingkari tafsirannya ini karena ia (menurut Imam Al-Asy'ari) adalah pemahaman Muktazilah, Jahmiyah dan Hururiyah.

Imam Abu Hasan Az-Zahabi menulis tentang pemahaman Imam al-Asy'ari berkenaan Istiwa, beliau berkata: Imam al-Asy'ari dalam kitabnya "al-Ibanah" menetapkan suatu bab mengenai "Istiwa" (bersemayam Allah) yang mana menurut Imam al-Asy'ari:

"Seandainya seorang bertanya: Apakah pendapat kamu mengenai Istiwa? Hendaklah dijawab: Kami mengatakan sesungguhnya Allah itu bersemayam di atas Arsy". Sebagaimana firman Allah:

اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

"Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas ArsyNya".
Taha, 20:5.

Kemudian Imam az-Zahabi berkata: Kitab "al-Ibanah" adalah antara kitab tulisan Imam al-Asy'ari yang paling terkenal. Al-Hafiz Ibn 'Asakir juga turut memperkenalkan kitab ini.

Dinukil dari perkataan Abu Ali ad-Daqaq beliau mendengar dari Zahir bin Ahmad al-Faqih berkata: Dikala Imam al-Asy'ari hampir meninggal dunia, kepalanya di kamarku, aku dapati beliau berkata: Allah mengutuk penganut Muktazilah karena berada dilembah kelemahan dan kebodohan. Demikianlah yang dikhabarkan oleh az-Zahabi.

Ibn Firhaum (ابن فرحون) rahimahullah telah mengaitkan kitab "al-Ibanah" dengan Imam al-Asy'ari yang mana beliau berkata:

"Antara kitab-kitab tulisan Abu Hasan al-Asy'ari ialah kitab al-Luma al-Kabir, al-Luma as-Saghir dan kitab al-Ibanah".

Begitu juga Abu al-Falah Abdul Hayy bin Imad Al-Hambali (1098) beliau menyebut: Kitab "al-Ibanah" merupakan kitab terakhir tulisan Imam Abu Hasan al-Asy'ari.

Pemahaman Muktazilah dan Kullabiyah (terutamanya sifat 20) yang menjadi pegangan Imam al-Asy'ari sebelum beliau bertaubat tidak termasuk dalam pemahaman aqidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Sholeh, malah pemahaman ini termasuk dalam kalangan firqah 72 yang sesat sebagaimana yang dijelaskan oleh Syeikh Abdul Qadir al-Bagdadi di dalam kitabnya "Al-Faraq bayn al-Firaq"(الفرق بين الفرق) .

Turut menjelaskan hakikat kesesatan firqah ini dan dianggap sebagai firqah yang sesat (bukan Ahli Sunnah wal-Jamaah) ialah Imam Muhammad bin Abdul Karim asy-Syahrastani.

Dengan penjelasan di atas, ini bermakna golongan yang menuduh bahwa barang siapa yang tidak bermazhab Asy'ari (sifat 20) itu sesat dan bukan Ahli Sunnah wal-Jamaah adalah keliru malah keterlaluan, karena pada hakikatnya mereka yang berpegangan dengan pemahaman tauhid sifat 20 inilah yang sebenarnya dianggap oleh Imam al-Bagdadi dan Imam asy-Syahrastani sebagai mereka yang telah keluar dari golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah. Menurut kedua Imam ini bahwa golongan Asy'ariah yang beraqidah tauhid sifat 20 dianggap sebagai golongan yang sesat, telah keluar dari al-Jamaah dan dan termasuk dalam firqah 72 yang bersesuaian dengan maksud hadis iftiraq, yaitu sebagaimana yang di khabarkan oleh Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi wa-Sallam:

كُلُّهَا فِى النَّار اِلاَّ الْجَمَاعَة
"(Semuanya yang berpedah) keneraka kecuali al-Jamaah".

SEBAB IMAM AL-ASY'ARI MERAGUKAN AQIDAH MUKTAZILAH

Imam Al-Asy'ari rahimahullah mula meragukan pemahaman, aqidah dan ajaran Muktazilah yang pernah diperjuangkan setelah berlakunya perbincangan antara beliau dengan gurunya (Al-Jubaa'i) sebagaimana boleh difahami dari cerita beliau di bawah ini:

Imam al-Asy'ari bertanya (kepada al-Jubaa'i): Ada tiga orang bersaudara, saudara pertamanya seorang mukmin, sholeh lagi bertaqwa. Yang kedua seorang kafir, fasik lagi durhaka. Manakala saudara yang ketiga masih kecil. Apabila semua mereka mati dalam keadaan demikian maka bagimanakah keadaan mereka?

Gurunya (Al-Jubaa'i) menjawab: Seorang zahid (bertaqwa) dia berada pada beberapa drajad (di syurga). Orang kafir berada pada beberapa lapisan (di neraka) dan yang masih kecil maka dia terselamat.

Imam al-Asy'ari bertanya: Seandainya saudaranya yang kecil ingin memperolehi syurga (drajad) orang yang zahid, apakah bisa ?

Al-Jubaa'i menjawab: Tidak! Karena akan dikatakan kepadanya: "Orang yang mencapai drajad (di syurga) ialah dengan sebab ketaatan yang banyak sedangkan engkau tidaklah memiliki (tidak sempat melakukan) ketaatan itu".
Imam al-Asy'ari berkata: Seandainya sikecil ini berkata: Kekurangan itu bukanlah daripada saya karena sesungguhnya Allah tidak melanjutkan umur saya dan tidak pula memberi tenaga/masa/kesempatan untuk melakukan ketaatan".

Al-Jubaa'i berkata: Tuhan akan menjawab: Aku mengetahui sendainya engkau dilanjutkan umur, maka engkau akan melakukan maksiat dan maka wajar kalau engkau dikenakan siksaan yang pedih, justeru itu Dia memelihara kepentingan engkau.

Imam al-Asy'ari berkata: Seandainya saudara sulungnya pula berkata: Wahai Tuhan Semesta, sebagaimana Engkau mengetahui hal saudaraku itu, Engkau telah mengetahui halku, maka mengapakah Engkau tidak memelihara kepentinganku? Maka gurunya terdiam.

Peristiwa di atas membuat Imam al-Asy'ari rahimahullah tidak kelihatan di khayalak ramai selama 15 hari, kemudian beliau bertaubat dan dikuatkan lagi dengan tindakannya di atas mimbar masjid Basrah selepas solat Jumaat sambil berkata:

معاشر الناس اني انما تغيبت عنكم فىهذه المدة لانى نظرت فتكافأت عندى الادلة ولم يترجح عندى حق على باطل ولا باطل على الحق فاستهديت الله تبارك وتعالى فهداني الى ما اودعته فىكتبى هذه وانخلعت من جميع ما كنت اعتقده كما انخلعت من ثوبى هذا.

"Wahai manusia! Sesungguhnya saya tidak kelihatan di kalangan kamu dalam suatu tempoh disebabkan saya mengkaji, maka saya memperolehi hujjah-hujjah dan saya tidak berdaya untuk menentukan yang hak atas yang batil dan batil atas hak. Oleh itu aku memohon petunjuk dari Allah Tabaraka wa Ta'ala, lalu Dia menunjukkan saya kepada perkara yang telah saya paparkan dalam kita-kitab saya ini, dan saya cabutkan semua pegangan yang saya i’itiqodi sebagaimana saya cabutkan baju daripada pakaianku ini".

keroncong
keroncong
KAPTEN
KAPTEN

Male
Age : 70
Posts : 4535
Kepercayaan : Islam
Location : di rumah saya
Join date : 09.11.11
Reputation : 67

Kembali Ke Atas Go down

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas

- Similar topics

Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik