hukum daging qurban
Halaman 1 dari 1 • Share
hukum daging qurban
Hari raya Adha atau hari raya qurban adalah di antara syi‘ar agama Islam. Pada hari tersebut umat Islam disunatkan menyembelih binatang qurban bagi membesarkannya. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah Subahanhu wa Ta‘ala dalam firmanNya yang tafsirnya :
"Dan kami jadikan unta (yang dihadiyahkan kepada fakir miskin Mekkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika berdiri di atas tiga kakinya; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”
(Surah Al-Hajj: 36)
Menurut hukum syarak binatang qurban yang disembelih itu hendaklah terdiri daripada binatang ternakan seperti unta, lembu, kerbau atau kambing dengan tujuan menghampirkan diri dan taat kepada Allah Subahanhu wa Ta‘ala.
Selain itu menyembelih qurban juga merupakan amalan yang disukai oleh Allah Subahanhu wa Ta‘ala dan sebagai bukti serta keikhlasan kita dalam menghidupkan syi‘ar agama Islam. Ini jelas difahami dari firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya :
“Daging dan darah binatang qurban atau hadyi itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu”.
(Surah Al-Hajj:37)
Menurut Mazhab Syafi‘e menyembelih binatang qurban adalah sunat yang dituntut (muakkadah). Ibadat qurban ini hanya sah dilakukan untuk diri sendiri. Dengan demikian adalah tidak sah menyembelih qurban untuk orang lain yang masih hidup kecuali dengan ada izinnya. Begitu juga tidak sah menyembelih qurban untuk orang yang telah meninggal dunia kecuali ada wasiatnya. Walau bagaimanapun pahala menyembelih qurban itu boleh diniatkan untuk dikongsi oleh orang lain seperti keluarganya.
Hukum Daging Qurban
Hukum menyembelih binatang qurban itu ada dua, iaitu qurban wajib dan qurban sunat. Adapun qurban wajib itu seperti qurban yang dinazarkan atau diwasiatkan.
Terdapat beberapa hukum yang perlu diambil perhatian berhubung dengan daging qurban itu. Jika sembelihan binatang qurban itu sebagai qurban wajib, maka daging tersebut wajib disedekahkan kesemuanya. Haram bagi orang yang berqurban itu dan orang-orang yang di bawah tanggunggannya memakan daging tersebut. Jika dimakannya daging itu wajib dia mengganti kadar daging yang dimakannya dan kemudian disedekahkannya, tetapi tidak wajib dia menyembelih semula binatang yang lain sebagai ganti.
Manakala daging qurban sunat pula, sunat bagi orang yang empunya qurban itu memakan sebahagian daripadanya, sebagaimana dijelaskan oleh Al-Qur‘an yang tafsirnya ;
“Dengan demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang qurban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin”
(Surah Al-Hajj: 28)
Walau bagaimanapun lebih baik (afdhal) disedekahkan semuanya, melainkan dimakannya sedikit kadar beberapa suap untuk mengambil berkat daripadanya, kerana yang demikian itu lebih mendekatkan diri kepada taqwa dan jauh daripada mementingkan diri sendiri. Tetapi makan di sini bukanlah bererti dia wajib memakannya.
Bahagian daging yang dimakan oleh yang empunya qurban itu, afdhalnya ialah hatinya kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah makan sebahagian daripada hati binatang qurbannya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi yang maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam memakan daripada hati binatang qurbannya”
Sekalipun daging qurban sunat itu boleh dimakan oleh orang yang berqurban namun haram baginya memakan kesemua daging tersebut. Firman Allah Subhanhu wa Ta‘ala yang tafsirnya :
"Makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta”.
(Surah Al-Hajj: 36)
Sebahagian daripada daging qurban sunat itu, wajib disedekahkan dalam keadaan mentah lagi basah kepada fakir miskin sekalipun ia hanya disedekahkan kepada seorang miskin sahaja. Jika dimakan kesemua daging qurban sunat itu dan tiada sedikitpun yang disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, qurban tersebut tetap sah, tetapi wajib didapatkan atau dibeli daging yang lain kadar yang wajib disedekahkan sebagai gantinya. Namun dari segi pahalanya orang tersebut tidak mendapat pahala qurban sepenuhnya.
Selain daripada disedekahkan, daging-daging qurban sunat itu harus dihadiahkan kepada orang kaya untuk dimakan sahaja, bukan sebagai milik kepada mereka. Ini bererti mereka tiada hak untuk menjual atau menghadiahkannya kepada orang lain dan seumpamanya. Berlainan halnya dengan orang fakir dan miskin, yang mana daging itu adalah menjadi milik mereka dan harus bagi mereka menjual atau memberikan daging tersebut kepada orang lain.
Begitu juga haram atas orang yang berqurban atau warisnya menjual daging qurban itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu daripada qurban itu, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :
“Siapa yang menjual kulit qurban (udhiyah) itu maka tiada dikira baginya qurban”
(Hadis riwayat Al-Hakim)
Kulit atau daging binatang qurban itu juga haram dijadikan upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan sedekah atau hadiah.
Daging qurban yang disedekahkan kepada orang fakir miskin itu mestilah dalam keadaan mentah. Berbeza halnya dengan daging qurban yang dihadiahkan kepada orang kaya, di mana daging tersebut boleh dihadiahkan dalam keadaan mentah ataupun sudah dimasak. (I‘anat At-Talibin : 2/333-334)
Tidak memadai jika yang diberikan kepada orang fakir miskin itu hanya kulitnya, bulunya, tanduknya, kukunya dan sebagainya
Daging-daging qurban atau mana-mana bahagian daripadanya sama ada qurban wajib atau sunat yang disedekahkan kepada orang fakir miskin atau yang dihadiahkan kepada orang kaya itu adalah terhad kepada mereka yang beragama Islam sahaja.
Haram memberi, menghadiahkan atau menjual daging qurban tersebut kepada orang bukan Islam, sekalipun fakir miskin itu terdiri daripada kafir zimmi (Matlak Al-Badrain: 81). Ini adalah disebabkan menyembelih binatang qurban itu adalah merupakan ibadat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Oleh sebab itu, sekiranya ada bahagian daging tersebut yang diberikan, dihadiahkan atau dijual kepada orang bukan Islam, maka wajib diganti dengan daging yang lain sekira-kira menyamai kadar berkenaan.

keroncong- KAPTEN
-
Age : 70
Posts : 4535
Kepercayaan : Islam
Location : di rumah saya
Join date : 09.11.11
Reputation : 67
Similar topics
» --Hukum TRANSFER Uang Untuk ber-Qurban di TEMPAT lain--
» hukum-hukum berkaitan dengan najis
» hukum islam tidak hanya sebatas hukum pidana saja
» SBY: Ahok Harus Diproses Secara Hukum, Jangan Sampai Dianggap Kebal Hukum
» tuntunan idul qurban

Halaman 1 dari 1
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik