FORUM LASKAR ISLAM
welcome
Saat ini anda mengakses forum Laskar Islam sebagai tamu dimana anda tidak mempunyai akses penuh turut berdiskusi yang hanya diperuntukkan bagi member LI. Silahkan REGISTER dan langsung LOG IN untuk dapat mengakses forum ini sepenuhnya sebagai member.

berkenalan dengan muslimah Follow_me
@laskarislamcom

Terima Kasih
Salam Admin LI


Join the forum, it's quick and easy

FORUM LASKAR ISLAM
welcome
Saat ini anda mengakses forum Laskar Islam sebagai tamu dimana anda tidak mempunyai akses penuh turut berdiskusi yang hanya diperuntukkan bagi member LI. Silahkan REGISTER dan langsung LOG IN untuk dapat mengakses forum ini sepenuhnya sebagai member.

berkenalan dengan muslimah Follow_me
@laskarislamcom

Terima Kasih
Salam Admin LI
FORUM LASKAR ISLAM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

berkenalan dengan muslimah

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down

berkenalan dengan muslimah Empty berkenalan dengan muslimah

Post by keroncong Fri Jan 20, 2012 12:46 am


Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara... Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan
mata hati, ternyata amat tinggi nilainya.... Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka, walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.


Kerana itulah... Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah... Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu, dia
akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang... dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...


Islam tidak membedakan kedudukan atau darjat seseorang baik mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah... Firman ALlah dalam surah an-Nisa', ayat 24 yang artinya...
Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki maupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.


Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya : Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah. HR Muslim

Wanita Menurut Perspektif Islam

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajiban-kewajiban yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, yaitu mencari redha Allah (Mardhatillah).


Allah telah berfirman, Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki maupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun. An-Nisaa : 124


Rasulullah juga turut menyuruh umatnya supaya memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang maksudnya : Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya. HR At-Tirmidzi


Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang maksudnya.... Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu. Al-Bukhary dan Muslim


Terdapat perbedaan diantara pembawaan lelaki dan wanita yang tidak boleh diabaikan. Wanita secara fisiknya lebih lemah dari kamu lelaki, oleh itu mereka tidak dapat melindungi diri mereka dengan kekuatan mereka sendiri. Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu keteguhan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memelihara diri mereka. Nilai sebenar wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan. Wanita menurut perspektif Islam adalah :


Wanita diciptakan sebagai penenteram dan penyenang hati. Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya. Ar Ruum : 21

Wanita sebagai sumber kasih, sayang dan kelembutan.


Dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Ar Ruum : 21


Wanita berperanan melahirkan zuriat dan memberi pendidikan. Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis-jenis kamu sendiri dan menjadikan dari isteri-isteri itu, anak-anak dan cucu-cucu. An Nahl : 72


Wanita Tauladan.. Hayati kisah perjuangan mereka dalam mencari redha ILlahi...


PRIBADI WANITA SOLEHAH


Solehah Wanita Sebagai Ibu

KEMULIAAN IBU DLM ISLAM

2 rakaat solat wanita yg hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yg tidak hamil.
Wanita yg hamil dpt pahala puasa disiang hari + pahala ibadat dimlm hari.
Wanita yg bersalin dpt pahala 70 thn solat + puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

Sekiranya wanita meninggal dunia dlm masa 40 hari selepas bersalin ia
disamakan sebagai mati syahid.

Wanita yg memberi minum susu badannya kpd anaknya akan dpt 1 pahala drptiap titik susu yg diberikannya.

Wanita yg beri minum susu badannya kpd anaknya yg menangis maka Allah beri
pahala satu thn pahala solat + puasa.

Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2.5 thn maka malaikat
dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Seorang ibu yg menghabiskan masa mlmnya dgn tidur yg tidak nyenyak kerana
menjaga anaknya yg sakit mendapat pahala seperti membebaskan 20 org hamba.


Wanita yg tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yg
sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya, bila dia hiburkan
hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.


Kelebihan Wanita

Allah Yang Maha Bijaksana telah menciptakan manusia dgn sebaik-baik
kejadian.Dan Dia telah menjadikan hambanya itu berpasang-pasangan. Lelaki +
wanita yg saling memerlukan. Sebahagiannya menjadi pembantu kpd sebahagian
yg lain. Kemuliaan manusia hanyalah dlm agama sejauh mana mereka dpt
mentaati perintah Allah dengan cara Nabi s.a.w. Allah telah mengurniakan
kepada wanita dengan berbagai kelebihan. Syarat untuk wanita masuk syurga
begitu mudah. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :


Seorang wanita yg mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan,
memelihara kemaluannya serta taat kpd suaminya maka pasti dia akan masuk
syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya. (HR Abu Nuaim)


Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :

Seorang wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yg tak soleh. Dan
seorang wanita yg melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya
7 pintu neraka, dibuka 8 pintu syurga yg mana dia dpt masuk dari pintu
mana saja tanpa hisab.


Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :

Tidaklah seorang wanita yg haidh kecuali haidhnya merupakan kifarah bagi
dosa2nya yg telah lalu. Dan pada hari pertama haidhnya membaca :
Alhamdulillahi 'ala kulli hal wa astaghfirullaha min kulli zanbin, maka
Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dgn mudah melalui sirat, aman
dari siksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40 org syuhada apabila
dia selalu berzikir kpd Allah selama haidhnya.


WANITA YG MULIA DLM PANDANGAN ALLAH.


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :

Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya.

Ada sebuah riwayat bahwa pada zaman Nabi s.a.w ada seorang lelaki yg akan berangkat utk berperang dijln Allah. Dia berpesan kpd isterinya, Wahai isteriku ...janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali. Secara kebetulan ayahnya menderita sakit...maka wanita tadi mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda kepada utusan
itu, Agar dia taati suaminya. Demikian pula wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali sehingga akhirnya dia mentaati suaminya tidak berani keluar rumahnya.

Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak melihat mayat ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi wahyu kpd Nabi yg berbunyi, Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya. Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu.


Inilah sebenarnya perkara yg menyebabkan wanita diredhai oleh Allah bukannya dalam persamaan hak yg seperti dituntut oleh penjahil agama.

Sedangkan dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi telah melihat ke dalam syurga
yang mana Allah masukan wanita ke dalam syurga 500 tahun lebih awal dari
suami mereka...dan bila melihat ke dalam neraka Nabi dapati 2/3 dari
penghuninya adalah wanita.Oleh itu takutilah kita semua akan ALLAH....


KELEBIHAN WANITA


Abdullah bin Masud meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
• Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat
baginya 1000 kebaikan, di ampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yg
disinari matahari akan memohon ampun baginya, Allah mengangkat 1000 darjat
utknya.
• Maulana Syed Ahmad Khan dlm bayannya menceritakan kelebihan yang dimiliki
oleh wanita. Katanya: Seorang wanita yg solehah lebih baik dari seorang wali
Allah.
• Wanita yg menguli tepung dgn membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya.
• Wanita yg menyapu lantai dgn berzikir dpt pahala spt membersihkan Baitullah.
• Wanita yg solehah lebih baik dari 70 org lelaki yang soleh.
• Allah akan berkati rezeki apabila wanita memasak dengan zikir.
• Seorang wanita yang menutup auratnya dengan purdah ditingkatkan oleh Allah
nur wajahnya 13 kali dari wajah asal.

Semua org akan dipanggil utk melihat wajah Allah yang Maha Indah di
akhirat nanti tetapi bagi Allah sendiri akan datang untuk berjumpa dengan wanita yang memberati auratnya yaitu yang memakai purdah dgn istiqamah.

Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah & rasulnya. Cuma kita
kurang mengetahui kelebihan yg dikurniakan kpd kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama krn merasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti di barat. Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yg bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yg dianugerah kan dgn tugas kenabian.Memberi harapan & bimbingan kpd manusia...


WANITA SOLEHAH SEBAGAI ANAK


Allah SWT telah berfirman yang maksudnya :

Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadah selain kepada-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu-bapa mu. Jika salah seorangdiantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah dan jangankamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah : Ya Rabbi, kasihanilah mereka kedua-duanya, sebagaimana mereka berdua telah menyantuni aku waktu kecil. Al Isra' 23-24

Allah memerintahkan agar manusia berbakti kepada kedua ibu bapa mereka dan
mentaati mereka. Bagi wanita ketaatan mereka sebelum mereka berkahwin
adalah kepada kedua ibu-bapa mereka dan selepas berkahwin, kepada suami
mereka.Menyakiti hati kedua mereka adalah merupakan dosa yang amat besar. Ismail
Ibnu Umayyah telah berkata :

Seorang lelaki meminta nasihat : Wahai Rasulullah, berilah aku wasiat.
Rasul menjawab Janganlah engkau menyekutukan Allah dengan sesuatupun, sekalipun engkau dibakar atau dibelah dua. Ia berkata Wahai Rasulullah, tambahkanlah. Rasulullah menjawab, Berbaktilah kepada kedua ibu-bapamu, jangan sekali-kali engkau meninggikan suara di hadapannya. Jika keduanya memerintahkan engkau untuk mengeluarkan hartamu, maka keluarkanlah bagi keduanya. Lelaki itu meminta kembali : Wahai Rasulullah, tambah lagi selain itu. Rasulullah menjawab,Jangan engkau meminum khamar (arak), sebab khamar itu adalah kunci segala kejahatan. Lelaki itu meminta kembali, Wahai Rasulullah, tambahkanlah untukku selain itu. Rasulullah saw menjawab, Didiklah keluargamu dan berilah mereka nafkah sesuai dengan kemampuanmu, dan janganlah engkau mengangkat tongkat (lisan)mu namun berbuatlah agar mereka takut kepada Allah. HR Imam Ibnu Majah.

Adab anak terhadap kedua ibu-bapanya.

Berbuat baik dan berlemah lembut terhadap mereka.

Mentaati perintah kedua mereka selagi tidak bertentangan dengan perintah Allah.

Melihat wajah mereka dengan kasih sayang merupakan ibadah.

Mendoakan mereka berdua dengan doa yang baik.

Menjaga hati mereka berdua dan menggembirakan mereka.

Menjalinkan silaturrahim dengan sahabat-sahabat mereka.

Menziarahi kubur ibu-bapa jika mereka telah meninggal dunia.


Wanita Yang Dimurkai Allah

PERKARA YG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA

Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman, Hiduplah dengan
apa yang kau suka. Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.


Perempuan yg memakai kain yang tipis + jarang, untuk menarik perhatian
lelaki bukan muhrim atau memakai segala yg mendatangkan keghairahan kepada
orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.

Wanita yg jahat lebih buruk dari 1000 org lelaki yg jahat.


WANITA YG DIMURKAI OLEH ALLAH

Sebagaimana Allah suka dgn wanita yg yg solehah, Allah juga sgt murka kpd
beberapa jenis wanita. Oleh itu sgt perlu bagi kita mengetahui perkara yg
dapat menyebabkan kebencianNya supaya kita terhindar dari kemurkaanNya.
Kemurkaan Allah pada hari kiamat sgt dahsyat sehingga nabi2 pun sgt takut.
Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yg bernama Nabi
Ismail krn ketakutan yg amat sangat. Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w
bersabda:

Seorang wanita yg berkata kpd suaminya, semoga engkau mendapat kutukan Allah, maka dia dikutuk oleh Allah dr atas langit yg ke7, mengutuk pula segala sesuatu yg dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk yaitu manusia & jin.

Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:

Seorang yg membuat susah kpd suaminya dlm hal belanja atau membebani sesuatu yg suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yg wajib & sunnatnya.

Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:

Kalau seandainya apa yg ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa
oleh seorang wanita kerumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar
kata2 angkuh, engkau ini siapa? Semua harta ini milikku, engkau tidak punya harta apapun, maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak.

Nabi s.a.w adalah seorang yg sangat kasih pada ummatnya, terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dr azab Allah. Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan ,keletihan & tekanan. Begitu juga air mata & darah baginda telah mengalir semata-mata krn kasih-sayangnya terhadap kita.

Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yg wajar berusaha utk menyelamatkan diri kita, keluarga kita & seluruh ummat baginda. Sebagai penutup ikutilah kisah seterusnya ini sebagai iktibar bagi kita.

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:

Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah & kami temui beliau
sedang menangis. Kami bertanya kpd beliau, mengapa tuan menangis wahai
Rasulullah? Beliau menjawab, pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku melihat org sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis.

Saya bertanya lagi, wahai Rasulullah apakah yg tuan lihat? Beliau bersabda: Wanita yg digantung dgn rambutnya & otak kepalanya mendidih. Wanita yg digantung dgn lidahnya serta tangannya dipaut dr punggungnya sedangkan aspal yg mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya. Wanita yg digantung dgn buahdadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya. Wanita yg digantung, diikat kedua kaki & tgnnya ke arah ubun2 kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking. Wanita yg memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yg menyala-nyala dgn hebatnya. Wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dr neraka. Wanita yg bermuka
hitam & memakan ususnya sendiri. Wanita yg tuli, buta & bisu dlm petineraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya(hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra. Wanita yg berkepala spt kepala babi & keledai yg mendapat berjuta jenis siksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kpd ku apakah amal perbuatan wanita2 itu.


Rasulullah s.a.w bersabda, Wahai Fatimah, adapun tentang : Wanita yg digantung dgn rambutnya krn dia tidak menjaga rambutnya (dijilbab) dikalangan lelaki.
Wanita yg digantung dgn lidahnya krn dia menyakiti hati suaminya dgn
kata-katanya. Kemudian Nabi s.a.w bersabda: Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

Adapun wanita yg digantung dgn buah dadanya krn dia menyusui anak org lain
tanpa izin suaminya. Adapun wanita yg diikat dgn kaki & tangannya itu krn dia keluar rumah
tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dr haidh & nifas. Adapun wanita yg memakan badannya sendiri krn suka bersolek utk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban org.
Adapun wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka kerana
dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan org yg banyak dgn maksud supaya org melihat perhiasannya dan setiap org jatuh cinta padanya krn melihat perhisannya.
Adapun wanita yg diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun2nya & dibelit oleh ular & kala jengking krn dia mampu mengerjakan solat & puasa, tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

Adapun wanita yg kepalanya spt kepala babi & badannya spt keledai krn dia
suka mengadu-domba(melaga-lagakan org) serta berdusta. Adapun wanita yg berbentuk spt anjing krn dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

Dan ada diantara isteri nabi2 yg mati dlm keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka: Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya. Isteri nabi Lut suka bertandang ke rumah org.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau merasa perlu berubah... maka kita kena khuatir . Takut kita tergolong dlm mrk yg tidak diberi petunjuk oleh Allah. Nauzubillahi min zalik.

Katakanlah kepada wanita yang beriman: hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke
dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami
mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera putera suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera suadara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak memiliki keinginan terhadap wanita,
atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah
mereka memukul kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.(QS: 24:31)


Ayat Of The Day:

Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).(Al-Quran, Surat AlIsraa 17:72)

dan Dia (menundukkan pula) apa yang Dia ciptakan untuk kamu di bumi ini dengan berlain-lainan macamnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang mengambil pelajaran.(Al-Quran, Surat AnNahl 16:13)
keroncong
keroncong
KAPTEN
KAPTEN

Male
Age : 70
Posts : 4535
Kepercayaan : Islam
Location : di rumah saya
Join date : 09.11.11
Reputation : 67

Kembali Ke Atas Go down

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas

- Similar topics

Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik